Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud
Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif
Puan Afidah Azwa binti Abdul Aziz
Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
YBhg. Dato’ Shamsuddin bin Mohd Mahayidin (Dato’ Shamsuddin) telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) pada 11 Januari 2024.
Dato’ Shamsuddin memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan (Sistem Pengurusan) dari Lakehead University, Kanada, Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Manchester Business School, United Kingdom, serta Sijil Profesional dalam Kewangan Islam dari International Center for Education in Islamic Finance (INCEIF) University.
Dato’ Shamsuddin juga memegang jawatan Pensyarah Adjung di Taylor’s University, serta Profesor Adjung di DRB-Hicom University of Automotive Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.
Dato’ Shamsuddin sebelum ini merupakan Profesor Adjung di Universiti Malaysia Kelantan dan turut berkhidmat sebagai Ahli Panel Penasihat bagi Program Sarjana dalam Kewangan Islam di Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan universiti tersebut.
Dato’ Shamsuddin telah berkhidmat di Bank Negara Malaysia selama 38 tahun sebelum bersara pada Mac 2023. Sepanjang tempoh tersebut, beliau terlibat dalam pelbagai peranan termasuk yang berkaitan dengan pembangunan pasaran kewangan, kerjasama kewangan antarabangsa dan penggubalan dasar berkaitan, operasi pelaburan serta pentadbiran pertukaran wang asing. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan strategik operasi perkhidmatan sokongan (pengurusan fasiliti, perkhidmatan hospitaliti, operasi muzium, operasi keselamatan dan perolehan berpusat), tadbir urus organisasi dan pengurusan risiko, strategi perolehan dan penyumberan, penambahbaikan proses, transformasi organisasi serta pengurusan perubahan.
Pada masa kini, Dato’ Shamsuddin merupakan Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif DearTime Sdn. Bhd., Pengarah Bebas Bukan Eksekutif OCBC Bank (Malaysia) Berhad, Pengarah Malaysia International Franchise Sdn. Bhd. (anak syarikat milik penuh Pernas) serta Pengarah Kepentingan Awam di Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM).
Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud
Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif
Puan Afidah Azwa binti Abdul Aziz
Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif