Xcelerator

Program ini dirangka khusus untuk mengenal pasti dan membangunkan perniagaan yang berpotensi untuk dikembangkan ke arah francais melalui khidmat rundingan melibatkan pembangunan dokumen dan pendaftaran francais.


Objektif

Membimbing dan membangunkan perniagaan yang berpotensi untuk didaftarkan sebagai perniagaan francais melalui MyFEX 2.0.


Pelaksanaan Program

Khidmat Nasihat, Bimbingan & Pembangunan

  • Mengenal pasti model perniagaan untuk difrancaiskan;
  • Pakej perniagaan francais yang ditawarkan;
  • Unjuran kewangan francais dan analisa belanjawan modal;
  • Dokumentasi francais seperti Manual Operasi, Manual Latihan & Perjanjian Francais;
  • Pelan Pembangunan Francais.

Syarat Kelayakan

  • Syarikat Sdn. Bhd. berdaftar bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dan memiliki akaun beraudit - terkini;
  • Mempunyai cap dagangan yang telah didaftarkan dengan pihak MyIPO berstatus ®;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) outlet prototaip yang sedang beroperasi melebihi enam (6) bulan;
  • Syarikat dan pemilik serta pemegang saham syarikat bebas daripada kebankrapan dan tindakan undang-undang serta penyenaraian hitam oleh agensi penguatkuasaan.

Permohonan

Ingin membangunkan perniagaan anda ke arah francais? Hantarkan permohonan anda pada kami hari ini.

Program ini menawarkan khidmat bimbingan komprehensif untuk membantu anda menyediakan pakej francais yang lengkap dan bersedia untuk pasaran.

Mohon