Penerangan
Musa'adah Revolving Credit-i direka khas untuk membiayai keperluan modal kerja pelanggan korporat dan komersial kami. Pembiayaan ini ditawarkan dengan ciri 'pusingan' yang membolehkan pelanggan perniagaan menggunakan dana sebagai modal kerja dalam had pembiayaan yang tersedia.
Kriteria Kelayakan Permohonan Pembiayaan
Bisnes
- Syarikat Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP), Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.), Perkongsian, atau Pemilik tunggal harus berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
- Perniagaan harus mematuhi panduan Syariah;
- Pemilik Syarikat mesti terlibat secara aktif dalam pengurusan dan operasi syarikat.
- Syarikat dan pemiliknya tidak boleh disenarai hitam oleh mana-mana institusi kewangan, berdaya maju dan telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun dan mempunyai pelaporan kewangan yang beraudit.
Pemilik
- Pemilik Syarikat harus berumur 21 tahun ke atas tertakluk kepada had umur maksimum 60 tahun;
• Francaisi dan Lisensi- Terbuka kepada syarikat milik Bumiputera sahaja.
- Francaisor dan Lisensor
- Terbuka kepada syarikat yang berdaftar di Malaysia, termasuk Bumiputera dan Bukan Bumiputera.
Struktur Pembiayaan
Pembiayaan
Sehingga RM500,000
Jenis Pembiayaan
Skim Pembiayaan Islam (Konsep Tawarruq)
Kadar Keuntungan
Sehingga 8% p.a
(Kadar keuntungan dikira secara harian)
Tempoh Pembayaran
Tempoh fleksibel selama 1, 3, 6, 9, 12 bulan atau tempoh lain yang dipersetujui oleh Pernas
Tempoh Pembiayaan
Sehingga 3 tahun