Skim Pembiayaan Francaisi

Skim ini dirangka untuk menyokong individu Bumiputera dalam menceburi perniagaan francais. Ia menyediakan akses kepada maklumat francais yang berkaitan, kemudahan pembiayaan, dan latihan berstruktur bagi menyokong pembuatan keputusan yang lebih berinformasi serta operasi francais yang mampan.


Objektif

Menyediakan bantuan kewangan di samping menggalakkan golongan bumiputera menceburi perniagaan francais termasuk mereka dari sektor awam, swasta dan yang ingin bersara awal ataupun mengambil skim pemberhentian sukarela (VSS). 


Kriteria Kelayakan Permohonan Pembiayaan

  • Individu mestilah pemilik/pengendali, dan berumur 21 tahun ke atas;
     
  • Keutamaan akan diberi kepada individu yang memiliki kelayakan minima diploma;
     
  • Francaisor/Francaisi induk harus berdaftar dengan Pendaftar Francais (ROF);
     
  • Perniagaan mestilah 100% ekuiti dimiliki oleh bumiputera dan patuh syariah;
     
  • Perlu mendapat surat tawaran daripada Francaisor/Francaisi Induk;
     
  • Syarikat Sdn Bhd boleh memohon pembiayaan melebihi RM250,000;
     
  • Permohonan oleh pemilik tunggal adalah terhad kepada pembiayaan di bawah RM250,000;
     
  • Badan Koperasi harus menubuhkan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) dan mendapatkan surat tawaran daripada Francaisor/Francaisi induk sebelum menghantar permohonan pembiayaan kepada Pernas;
     
  • Syarikat pemohon, pemilik perniagaan dan pemegang saham perlulah mempunyai rekod kredit yang baik dan tidak diisytihar muflis.

Struktur Pembiayaan

Menyediakan bantuan kewangan kepada francaisi untuk mengembangkan perniagaan di Malaysia. Bagi francaisi induk, hak untuk memegang francais perlu diperoleh daripada francaisor terlebih dahulu.

Mod Pembiayaan

Skim Pembiayaan Islam
(Konsep Tawarruq)

Margin Pembiayaan

Sehingga 70% dari kos projek

Size Pembiayaan

RM50,000 hingga RM2 Juta

Tempoh Pembiayaan

5 hingga 7 tahun (tertakluk kepada tempoh perjanjian francais)


Kadar Keuntungan

9.00% Setahun

Kadar tetap dengan pengiraan baki berkurang.

Sekutriti

Tertakluk kepada keperluan sekuriti minimum sebanyak 10% berdasarkan jumlah pembiayaan yang diluluskan.


Nota

  • Fi Pemprosesan: 0.5% daripada had yang diluluskan
  • Fi Guaman dan Duti Setem: 3.0% daripada had yang diluluskan (tertakluk kepada perubahan dan pindaan)
  • Fi Latihan: RM300
  • Fi Wakalah: RM50 bagi setiap had pembiayaan RM1 juta
  • Perlindungan Takaful: Am dan kredit\Tidak termasuk SST 8%
  • Tertakluk kepada terma dan syarat