Notis Perlindungan Data Peribadi Perbadanan Nasional Berhad (Pernas)


Pernas komited untuk memastikan pemprosesan data peribadi di Pernas adalah selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta PDP”). Notis ini dikeluarkan selaras dengan keperluan di bawah Akta PDP kepada mana-mana pihak yang berurusan atau memasuki apa-apa transaksi dengan Pernas. Bagi tujuan Notis ini, Data Peribadi termasuklah data yang telah dikumpul dan akan dikumpul sebelum dan selepas pengeluaran Notis ini.

Notis ini disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara kedua-dua ini, versi Bahasa Inggeris akan terpakai.