Perkhidmatan

Dari pembiayaan francais hingga latihan profesional, pelaburan ekuiti, program bersasar, khidmat rundingan dan penyewaan hartanah; setiap perkhidmatan Pernas dirangka untuk menggalakkan pertumbuhan, memperkemaskan operasi perniagaan, dan membuka laluan bagi perniagaan anda ke pasaran yang lebih luas.


Pembiayaan Francais

Demi memberi perkhidmatan yang berintegriti, cekap dan berimpak tinggi kepada para usahawan serta pemilik francais, Pernas berpegang teguh pada nilai-nilai teras yang membimbing setiap langkah kami.

Francaisor

Ingin meluaskan pasaran dan tingkatkan perniagaan anda ke tahap francais? Langkah anda bermula di sini.

Francaisi

Langkah pertama untuk menceburi perniagaan berasaskan francais bermula di sini.

Lisensor

Kembangkan perniagaan perlesenan anda dengan pembiayaan kami.

Lisensi

Mendorong bumiputera menjadikan francais sebagai kerjaya pilihan melalui pakej mampu milik untuk jana pendapatan dan aktif dalam ekonomi.

Transformasi Perniagaan (BIT)

Tingkatkan tahap perniagaan dan bina keyakinan anda untuk membina francais anda sendiri bersama kami.

Musa’adah Revolving Credit-i

Pembiayaan modal kerja patuh syariah dengan ciri ‘pusingan’ yang fleksibel bagi menyokong keperluan komersial.

Program i-VIP

Khas bagi usahawan berpengalaman dan veteran : realisasikan impian francais anda dengan sokongan daripada Pernas.


Khidmat Rundingan

Realisasikan potensi perniagaan francais anda! Pernas menyediakan bimbingan, latihan dan panduan melalui kursus dan sokongan yang terperinci untuk mengembangkan dan memantapkan perniagaan francais anda.

Xcelarator

Trek bimbingan perniagaan pantas menjadi pemilik perniagaan francais melalui bimbingan kewangan, analisa modal dan operasi.


Pembangunan Francais

Sama ada anda belia beraspirasi atau wanita bumiputera berwawasan, Pernas menyediakan latihan berstruktur, padanan perniagaan dan bimbingan untuk membawa anda lebih dekat kepada kejayaan francais.

YOUNITY

Terbuka kepada belia bumiputera : mulakan perjalanan francais anda melalui latihan berstruktur dan bimbingan intensif selama 6 bulan.

SWEET

Usahawan wanita adalah keutamaan program SWEET. Tingkatkan keyakinan dan kembangkan perniagaan anda melalui pembiayaan pra-francais dan perlesenan.


Franchise Institute

Franchise Institute berperanan sebagai platform pembangunan ilmu dan kemahiran dalam bidang francais, selaras dengan matlamat Pernas untuk melahirkan lebih ramai usahawan francais yang cakna dengan perkembangan dunia perniagaan terkini.

Franchise Institute

Ikuti kursus komprehensif berdasarkan modul pembelajaran yang bakal mengajar anda selok-belok operasi industri francais di Malaysia dan antarabangsa.


Pelaburan Ekuiti

Terokai pelbagai skim Pelaburan Ekuiti yang sesuai dengan perniagaan anda melalui Pernas dan realisasikan potensi perniagaan francais anda melalui akses kepada pelaburan strategik, dikhususkan bagi perniagaan dan jenama francais berpotensi tinggi yang bersedia menuju penyenaraian. 

Skim Francais

Kembangkan jenama francais anda dengan pembiayaan ekuiti, khusus untuk model francais tempatan dan antarabangsa.

Skim Pra-IPO

Realisasikan potensi penyenaraian syarikat anda di Bursa Malaysia dengan sokongan pelaburan strategik.

Skim Mezanin

Tingkatkan potensi francais anda ke tahap seterusnya melalui pelaburan ekuiti bersasar yang fleksibel.


Sewaan Premis

Temui lokasi-lokasi niaga strategik yang ditawarkan oleh Pernas dengan kadar sewaan kompetitif bagi ruang niaga yang optimum bagi francais anda berkembang.

Premis untuk disewa